Sunday 21 September 2014

Proses Penyerapan Makanan Tercerna


Penyerapan makanan



Penyerapan makanan ialah proses pengambilan hasil-hasil akhir pencernaan ke dalam sistem aliran darah melalui dinding usus kecil. Permukaan usus kecil diliputi oleh berjuta-juta unjuran halus yang panjangnya 1mm. Unjuran ini disebut vilus. Setiap vilus mempunyai banyak jaringan kapilari darah. Dinding vilus adalah sangat nipis, iaitu senipis satu sel. Keadaan ini membolehkan penyerapan makanan tercerna berlaku dengan cepat.


Penyerapan Semula Air dan Penyahtinjaan


Penyerapan semula air


Penyerapan semula air ialah tugas utama usus besar. Bahan-bahan yang memasuki usus besar terdiri daripada air dan bahan-bahan yang tidak tercerna seperti selulosa daripada gentian sayur-sayuran dan buah-buahan.


Penyahtinjaan


Makanan tidak tercerna di dalam usus besar akan disingkirkan sebagai tinja melalui proses penyahtinjaan. Selain air, tinja yang sampai ke rektum mengandungi makanan tidak tercerna. Tinja akan disimpan di dalam rektum. Apabila rektum sudah penuh dengan tinja, tindakan peristalsis rektum yang dibantu oleh pengecutan otot abdomen akan menolak tinja supaya disingkirkan melalui dubur.



Amalan Pemakanan yang Sihat


Kepentingan makan makanan berkhasiat 


Makanan yang berlainan mempunyai zat makanan yang berbeza. Makan terlalu banyak atau terlalu kurang akan menjejaskan kesihatan kita. Kolesterol yang berlebihan akan menyumbatkan salur darah. Kejadian ini boleh mengakibatkan penyakit seperti serangan jantung dan strok.


Piramid makanan


Piramid makanan menunjukkan pangagihan makanan mengikut kumpulan yang memudahkan seseorang menyemak gizinya, sama ada dia mengamalkan gizi yang seimbang atau sebaliknya. Makanan yang membentuk tapak piramid makanan diperlukan oleh badan kita dalam kuantiti yang banyak pada setiap hari. Makanan yang membentuk puncak piramid perlu dikurangkan dalam gizi kita untuk mengurangkan risiko menghidapi penyakit seperti penyakit jantung, strok, dan tekanan darah tinggi.

1 comment:

  1. merit casino - xn--o80b910a26eepc81il5g.online
    mtg casino review,best bitcoin casino bonus offers,best online kadangpintar slots,best worrione crypto casino sites,best 메리트 카지노 고객센터 jackpot slots,online jackpot slots,best jackpot

    ReplyDelete