Wednesday 17 September 2014

Kelas Makanan

Kelas-Kelas Makanan

Makanan dapat dibahagikan kepada 7 kelas yang asas

Karbohidrat
  1. Karbohidrat ialah makanan yang mengandungi unsur-unsur karbon,hidrogen dan oksigen
  2. Contoh karbohidrat termasuk kanji,selulosa dan gula
  3. Karbohidrat ialah sumber tenaga utama kita


Protein
  1. Protein mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforus
  2. Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging, ikan, putih telur dan susu
  3. Protein digunakan untuk membina sel baharu bagi pertumbuhan dan membaiki tisu yang rosak


Lemak
  1. Lemak terdiri daripada karbon, hidrogen, dan oksigen tetapi dalam nisbah yang berlainan
  2. Contoh makanan yang kaya dengan lemak ialah mentega, kuning telur dan minyak ikan
  3. Lemak juga membekalkan tanaga, terutamanya untuk memanaskan badan dan mengekalkan suhu badan


Vitamin
  1. Vitamin ialah sebatian organic yang penting untuk kesihatan badan
  2. Terdapat dua kumpulan vitamin iaitu vitamin yang larut dalam lemak dan vitamin yang larut dalam air
  3. Vitamin yang larut dalam lemak ialah vitamin A, D, E dan K manakala vitamin yang larut dalam air ialah vitamin B dan C


Garam Mineral
  1. Garam mineral juga diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja



Pelawas
  1. Pelawas ialah bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan oleh badan
  2. Selulosa yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan selaput luar bijirin ialah sumber pelawas
  3. Pelawas merangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan untuk membantu pergerakan makanan

Air
  1. Kira-kira 67% daripada badan manusia terdiri daripada air
  2. Air diperlukan dalam badan untuk mengangkut bahan-bahan terlarut seperti makanan tercerna ke seluruh badan dan mengangkut bahan buangan untuk disingkirkan daripada bahan
  3. Air juga memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan dan kepekatan darah


Kepentingan Gizi Seimbang

Gizi Seimbang
  1. Gizi ialah makanan yang dimakan setiap hari
  2. Gizi seimbang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul

Kuantiti tenaga dalam makanan
  1. Kuantiti tenaga dalam makanan disukat dalam unit kalori atau joule (1 kalori = 4.2 joule)
  2. Nilai kalori makanan ialah jumlah tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap


Sistem Pencernaan Manusia

Proses Pencernaan
  1. Molekul-molekul makanan yang besar diuraikan kepada molekul-molekul yang lebih kecil yang dapat larut dan sedia diserap oleh badan. Proses ini disebut pencernaan

Sistem Pencernaan
  1. Salur pencernaan manusia terdiri daripada satu tiub yang bermula dari mulut dan berakhir di dubur . Pencernaan makanan berlaku di dalam salur ini secara berterusan dari mulut dan berakhir di usus kecil

Pencernaan makanan di mulut
  1. Di dalam mulut, makaanan dipotong, dikunyah, dan dikisar oleh gigi untuk menjadi butir-butir yang lebih kecil
  2. Tindakan ini menambah jumlah permukaan makanan untuk tindakan enzim-enzim pencernaan
  3. Pada masa yang sama, air liur yang mengandungi enzim amilase dirembeskan oleh kelenjar air liur untuk mencernakan kanji dalam makanan kepada maltose
  4. Kemudian, makanan yang digumpalkan oleh lidah untuk menjadi ketulan bulat yang disebut bolus dan ditelan ke dalam esofagus

Pergerakan makanan di esofagus
  1. Makanan ditolak menuruni esofagus ke dalam perut oleh otot-otot dinding esofagus yang mengecut dan mengendur secara bersilih ganti
  2. Proses pengecutan dan pengenduran otot-otot ini disebut peristalsis

Pencernaan makanan di dalam perut
  1. Di dalam perut, makanan bercampur dengan jus gaster yang dirembeskan oleh kelenjar-kelenjar dalam dinding perut
  2.  Jus gaster mengandungi enzim dan asid hidroklorik
  3. Asid hidroklorik membunuh bakteria dalam makanan dan menyediakan medium berasid untuk tindakan enzim
  4. Selepas itu, makanan yang separa tercerna akan masuk ke dalam usus kecil

Pencernaan makanan di dalam usus kecil
  1. Duodenum ialah bahagian pertama usus kecil yang menerima hempedu dan jus pankreas
  2. Di dalam usus kecil, makanan bercampur dengan jus pankreas dan hempedu
  3. Hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu
  4. Jus pankreas dihasilkan oleh pankreas dan mengadungi enzim yang mencernakan kanji, protein, dan lemak
  5. Semua proses pencernaan yang belum selesai akan disempurnakan dalam bahagian terakhir usus kecil iaitu ileum
  6. Sebahagian air dan garam mineral diserap semula di usus besar
  7. Kandungan yang tertinggal di dalamnya akan menjadi tinja yang kemudian disimpan di dalam rektum
  8. Tinja disingkirkan daripada badan melalui dubur 

No comments:

Post a Comment