Kelas-Kelas Makanan
Makanan dapat dibahagikan kepada 7 kelas yang asas
Karbohidrat
- Karbohidrat ialah makanan yang mengandungi unsur-unsur
karbon,hidrogen dan oksigen
- Contoh karbohidrat termasuk kanji,selulosa dan gula
- Karbohidrat ialah sumber tenaga utama kita
Protein
- Protein mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen,
oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforus
- Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging,
ikan, putih telur dan susu
- Protein digunakan untuk membina sel baharu bagi pertumbuhan
dan membaiki tisu yang rosak
Lemak
- Lemak terdiri daripada karbon, hidrogen, dan oksigen
tetapi dalam nisbah yang berlainan
- Contoh makanan yang kaya dengan lemak ialah mentega,
kuning telur dan minyak ikan
- Lemak juga membekalkan tanaga, terutamanya untuk
memanaskan badan dan mengekalkan suhu badan
Vitamin
- Vitamin ialah sebatian organic yang penting untuk
kesihatan badan
- Terdapat dua kumpulan vitamin iaitu vitamin yang larut
dalam lemak dan vitamin yang larut dalam air
- Vitamin yang larut dalam lemak ialah vitamin A, D, E
dan K manakala
vitamin yang larut dalam air ialah vitamin B dan C
Garam Mineral
- Garam mineral juga diperlukan dalam kuantiti yang
sedikit sahaja
Pelawas
- Pelawas ialah bahan bergentian yang tidak dapat
dicernakan oleh badan
- Selulosa yang terdapat dalam buah-buahan,
sayur-sayuran, dan selaput luar bijirin ialah sumber pelawas
- Pelawas merangsang pengecutan otot di sepanjang salur
pencernaan untuk membantu pergerakan makanan
Air
- Kira-kira 67% daripada badan manusia terdiri daripada
air
- Air diperlukan dalam badan untuk mengangkut
bahan-bahan terlarut seperti makanan tercerna ke seluruh badan dan mengangkut
bahan buangan untuk disingkirkan daripada bahan
- Air juga memainkan peranan penting dalam mengawal suhu
badan dan kepekatan darah
Kepentingan Gizi Seimbang
Gizi Seimbang
- Gizi ialah makanan yang dimakan setiap hari
- Gizi seimbang mengandungi semua kelas makanan yang
diperlukan dalam kuantiti yang betul
Kuantiti tenaga dalam
makanan
- Kuantiti tenaga dalam makanan disukat dalam unit
kalori atau joule (1 kalori = 4.2 joule)
- Nilai kalori makanan ialah jumlah tenaga yang
dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap
Sistem Pencernaan Manusia
Proses Pencernaan
- Molekul-molekul makanan yang besar diuraikan kepada molekul-molekul
yang lebih kecil yang dapat larut dan sedia diserap oleh badan. Proses ini
disebut pencernaan
Sistem Pencernaan
- Salur pencernaan manusia terdiri daripada satu tiub
yang bermula dari mulut dan berakhir di dubur . Pencernaan makanan berlaku di
dalam salur ini secara berterusan dari mulut dan berakhir di usus kecil
Pencernaan makanan di
mulut
- Di dalam mulut, makaanan dipotong, dikunyah, dan
dikisar oleh gigi untuk menjadi butir-butir yang lebih kecil
- Tindakan ini menambah jumlah permukaan makanan untuk
tindakan enzim-enzim pencernaan
- Pada masa yang sama, air liur yang mengandungi enzim
amilase dirembeskan oleh kelenjar air liur untuk mencernakan kanji dalam
makanan kepada maltose
- Kemudian, makanan yang digumpalkan oleh lidah untuk
menjadi ketulan bulat yang disebut bolus dan ditelan ke dalam esofagus
Pergerakan makanan di
esofagus
- Makanan ditolak menuruni esofagus ke dalam perut oleh
otot-otot dinding esofagus yang mengecut dan mengendur secara bersilih ganti
- Proses pengecutan dan pengenduran otot-otot ini
disebut peristalsis
Pencernaan makanan di
dalam perut
- Di dalam perut, makanan bercampur dengan jus gaster
yang dirembeskan oleh kelenjar-kelenjar dalam dinding perut
- Jus gaster mengandungi enzim dan asid hidroklorik
- Asid hidroklorik membunuh bakteria dalam makanan dan
menyediakan medium berasid untuk tindakan enzim
- Selepas itu, makanan yang separa tercerna akan masuk
ke dalam usus kecil
Pencernaan makanan di
dalam usus kecil
- Duodenum ialah bahagian pertama usus kecil yang
menerima hempedu dan jus pankreas
- Di dalam usus kecil, makanan bercampur dengan jus
pankreas dan hempedu
- Hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan dalam pundi
hempedu
- Jus pankreas dihasilkan oleh pankreas dan mengadungi
enzim yang mencernakan kanji, protein, dan lemak
- Semua proses pencernaan yang belum selesai akan
disempurnakan dalam bahagian terakhir usus kecil iaitu ileum
- Sebahagian air dan garam mineral diserap semula di
usus besar
- Kandungan yang tertinggal di dalamnya akan menjadi
tinja yang kemudian disimpan di dalam rektum
- Tinja disingkirkan daripada badan melalui dubur